Nurafiah Raudah fotopages
atie&ridzuan's d only daughter
By: ROZILAWATI AHMAD JAWAWI

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[Archive]
Monday, 2-Jun-2008 12:31 Email | Share | | Bookmark
43 HARI SEBELUM PEMERGIAN AYAH

43 hari sebelum pemergian ayah adalah tempoh yang mendekatkan aku pada dirinya, biar secara logiknya amat sukar untuk aku bertemu dengannya dengan kerap atas kekangan komitmen kerja & keluarga tapi dlm tempoh itu aku amat kerap pulang ke kampung atas sebab-sebab yg seperti dirancang.

27 Mac 2008 - aku meminta suamiku menghantarku ke rumah. Semalam kami pulang mengejut kerana ayah suamiku diserang sakit jantung. Ayah seperti biasa tidak banyak bersuara. Cuma yang aku ingat dia makan kari ikan dengan berselera seperti biasa bersamaku. Esok mlmnya kami pulang dan aku sempat bersalam dengannya ketika dia sedang baring di dalam bilik.

12 April 2008 - selang seminggu aku pulang semula ke Beruas kerana ingin mengambil ayah mertuaku yang akan menjalani operation kecil di IJN. Malam itu aku menyediakan nasi beriyani utk kenduri doa selamat ayah mertuaku. Sebaik suamiku pulang dari surau, kami pulang ke rumahku. Ku lihat ayah menunggu aku. Kata mak dia ingin menjamah nasi beriyani yang aku buat. Dia makan dengan selera seperti biasa.

19 April 2008 - minggu berikutnya aku pulang lagi. Kali ini menghantar bapa mertuaku pulang. Waktu ini aku mulanya merancang untuk membawa mak dan ayah ke rumahku, tapi entah kenapa mak bagai berat hati. Katanya ayahku agak lemah minggu ini. Aku cadangkan supaya ayah dibelikan tongkat. Seperti biasa hari itu aku melihat ayah tetap berselera makan kari ikan kegemarannya, cuma suapan tanggannya kian senget. Semasa bersalam untuk pulang aku sempat bertanya padanya "Ayah kenal tak sapa ni?" sekadar ingin mendengar dia bersuara. Dengan nada sebak dia menjawab " Atie". Itulah perkataan terakhir yang aku dengar darinya padaku. Kalaulah aku tau.....

25 April 2008 - Jumaat berikutnya, aku menerima panggilan dari Yana yang teresak-esak mengatakan ayah di serang strok. Walhal baru Selasa sebelumnya Yana membelikannya tongkat. Walaupun susah hati, namun waktu itu aku menyatakan mungkin minggu ini aku tidak balik kerana aku baru balik hampir 3 minggu berturut2. Tapi kerana naluri seorang anak aku akhirnya pulang juga keesokan harinya. Jam 4.30 kami sekeluarga tiba dihospital. Ayah dikatakan diserang strok di bahagian pemakanan. Lidahnya keras dan dia tidak boleh menelan makanan. Makanan perlu dimasukkan melalui tiub. Esoknya sebelum pulang ke Kuala Lumpur, aku sempat menyuapkan makanan padanya melalui tiub. Dia kini tidak boleh bercakap, hanya gambaran wajahnya saja yang mampu mengambarkan kesedihannya. Aku seboleh-bolehnya tidak mahu menangis. Masih berharap keajaiban berlaku.

3 - 5 Mei 2008 - aku sekali lagi pulang. kali ini bersama ali dan kak ani. kami rasa amat perlu untuk menjengok ayah. ayah telah keluar dari hospital pada hari Selasa. Yana awal-awal lagi telah bercerita tentang condition ayah yang amat sedikit jumlah yang dimakannya. Tapi ajaibnya ayah masih boleh berjalan sendiri ke tandas dsbnya. Jam 1.00 pagi kami tiba, ayah sedang berbaring di katil di ruang tamu. Dia belum tidur. Ayah amat kurus di mataku. Ialah...jumlah makanan dan minuman yang ditelannya amat sedikit kerasa kegagalan sistem lidahnya untuk mengunyah makanan. Aku masih tetap buang perasaan yang kami akan kehilangan ayah....perasaan itu aku terus buang jauh...aku seperti tidak mahu terima kenyataan yang kami sebenarnya akan kehilangannya 5 hari lagi.
Tapi aku rasa pelik dengan ayah...walau dia tidak makan dan minum...tapi dia tetap nampak cergas....dia sedikit pun tak tunjukkan dia uzur...cuma badannya yang susut saja yang buat dia tampak berbeza.
Esoknya..sehari aku habiskan masa dengan dia...aku suapkan dia makan....aku mandikan dia....aku temankan dia tidur...aku demah mulutnya yang membengkak sebab kekurangan air dan aku usap badannya untuk kurangkan rasa kesunyiannya sebab dia tidak boleh lagi bercakap. Seumur hidup aku...aku rasa hari itulah aku dapat jaga ayah sepenuhnya...walaupun tak sebesar mana kalau dibandingkan dengan yana dan mak yang ada di sisi dia siang dan malam.
Hari Isninnya aku EL, aku bawak ayah ke specialise setiawan. kami semua risau sbb ayah mkn terlalu sedikit sbb tiub yang dimasukkan tidak mampu berthn lama. ayah rimas...dia selalu menarik tiub jadi kami biarkan dia begitu jika itu yang dia mahu. kami tak mahu seksa dia tiap kali masukkan tiub...sakit sebenarnya.
Ajaibnya doktor menyatakan ayah sihat...tiada apa yg perlu dirisaukan. Tak mungkin doktor berbohong....dia menyarankan kami membeli susu berkhasiat sbg menggantikan nasi pada ayah. Rasa bersinar kembali harapan.....rasa masih ada peluang.
Petang itu kami balik dengan hati yang berat....tapi tidak sesekali kami bercakap soal kematian sepanjang perjalanan pulang.....kami masih tak mahu memikirkannya.

8 Mei 2008 Khamis- Jam 2.45 petang aku telefon mak seperti hari sebelum-belumnya. Mak kata ayah sedang tidur dengan nyenyaknya...hari ni dia banyak minum susu...hati aku serta merta jadi lapang. Sedikit pun mak tak suarakan apa-apa perubahan ayah....kalaulah aku tahu dalam masa 5 jam lagi ayah akan pergi...waktu itu juga aku pulang ke kampung.....tapi siapa aku untuk tahu segalanya. Semuanya telah tertulis. Ayah pergi selepas 30 saat Yana bercakap pada aku tentang keadaannya yang nazak...waktu itu azan Maghrib baru tamat di KL dan sedang berkumandang di Beruas....siapalah yang boleh tahu semua itu kecuali Allah jua....

Kehilangan amat pasti akan dirasai oleh semua....tapi aku rasa puas sebab aku dapat layan dia dengan baik selama ini...walau masa aku tidak banyak dengan dia.....tapi dia tetap kenali aku walau dalam keadaannya yang mudah lupa waktu itu....

Allah beri aku peluang untuk kerap pulang ke kampung dlm tempoh 43 hari sebelum pemergiannya....tidak kah aku patut bersyukur dengan nikmat Allah itu? Aku memang amat bersyukur...ayah pergi dengan baik....tiada apa yang mengaibkan berlaku....tiapa mimpi ngeri pada kami anak-anaknya. Aku doakan semua dosanya terampun sepanjang dia sakit 3 tahun ini....sepanjang dia dengan sabar tidak menjadi dirinya yang sebenar 3 tahun ini....setiap yang berlaku ada hikmahnya....inilah hikmahnya...ayah pergi pada hari yang baik....dan dengan mudah....apa lagi yang aku mahu....ye aku rasa lega....sebab ayah pergi dengan mudah...Alhamdulillah. Al-Fatihah.




Thursday, 8-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
AYAH - SATU DALAM BERJUTA

Pada 8 May 2008 yang lalu pertama kali dalam hidup aku merasai perasaan kehilangan orang yang paling dikasihi. Ayah...dia adalah insan yang paling istimewa dan pastinya tiada pengganti. Anehnya, biar tau amat sedikit jumlah makanan yang dijamah oleh ayah sejak 2 minggu yang lalu, aku seolah-olah masih mengharap keajaiban berlaku padanya. Soal kematian, tidak terlintas walau sedikit di dalam fikiran. Waktu bercakap dengan Yana adik bongsuku aku seboleh-boleh akan mengubah topik bila mula mendengar suara sebaknya. Cuma yang paling aneh, sebelum hari-hari terakhir pemergiannya aku seringkali mendoakan semoga Allah permudahkan sakratul mautnya. Berbanding sebelumnya aku sering mendoakan Allah panjangkan umurnya. Mungkin itulah cara Allah tunjukkan sedikit demi sedikit yang dia akan datang menjemput ayah.

Jam 7.25 mlm aku terlihat missed call di telefon. Jarang sekali Yana menghubungiku waktu begitu. Waktu mendengar suara Yana yang bergetar menuturkan ayah sedang nazak, aku seboleh-boleh kuatkan semangat. Entah dari mana semangat itu datang aku tidak tahu, tapi sekuat manapun semangat yang ada, air mata tak putus menitis sepanjang aku menyiapkan diri untuk pulang. Waktu aku menadah doa kala solat maghrib, sekali lagi aku mendoakan semoga Allah permudahkan sakratul mautnya. Biar dia tidak sempat melihat aku, biar dia tidak menunggu aku, asalkan dia pergi dengan mudah dan diberkati di malam Jumaat itu.

Jam 8.30 aku menerima panggilan telefon dari Yana mengesahkan ayah telah tiada sejak Maghrib tadi. Di hadapan Yana aku masih boleh kuatkan semangat. Tapi waktu perkhabaran itu kuberitakan pada suamiku, itulah saatnya aku menangis lain dari hari-hari sebelumnya. Waktu itu aku rasa jiwa dan hati aku melayang. Waktu itu aku baru tau erti kehilangan.

Jam 11.30 mlm aku tiba di rumah. Sepanjang perjalanan tak putus-putus lidahku beristigfar mengingati Allah. Selebihnya aku amat redha dengan takdir Allah. Tiada satupun yang aku ralatkan di dalam hati. Sesungguhnya Allah telah berikan terbaik kepada aku dan keluargaku. Ayah pergi saat semua anak-anaknya telah mampu berdiri di atas kaki sendiri.

Saat melihat sekujur tubuh ayah ditutupi kain putih. Kakiku serta merta bergetar bagai tidak betah memijak bumi. Tapi dalam hati aku kuatkan semangat bila memikirkan bertapa mudahnya Allah menjemputnya dan bertapa bertuahnya dia kerana tergolong dalam orang yang meninggal pada malam Jumaat.

Waktuku singkap kain putih yang menutupi wajahnya, kulihat wajah yang tenang bagai sedang tidur dan bermimpi indah. Anehnya mulut ayah yang membengkak waktu kali terakhir aku bertemunya hari Isnin lalu, kini telah menipis seperti biasa. Dia bagaikan sedang tersenyum.

Satu lagi kebesaran maha Esa yang amat jelas disaksikan olehku, waktu aku melagukan ayat-ayat suci Al-Quran berhampiran ayah. Aku terbau bau yang amat wangi. Sangkaku mak telah meletakkan wangian berhampiran jenazah ayah. Dalam hati aku lega kerana, sememangnya disunatkan meletakkan wangi-wangian di sekeliling jenazah.

Tapi esoknya bila aku bertanya pada yana dan mak, mereka mengatakan tiada sebarang wangi-wangian diletakkan pada ayah. MasyaAllah, bau apakah itu? Hanya Allah yang tau. Anehnya cuma aku seorang yang menghidu bau itu. Tapi aku masih waras untuk membezakan bau wangi dan busuk. Yg pasti bau itu amat berbeza dan tak pernah kubau sebelum ini.

Jenazah ayah selamat dikebumikan kira-kira jam 10.45 pagi. Segala urusannya dipermudahkan. Aku mendoakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Aku sentiasa ingat akan pesanannya supaya mendoakannya kala dia tiada lagi di muka bumi ini. Aku akan sentiasa mengingatinya dan berjanji akan menjadi anaknya yang soleh dan selayaknya untuk mendoakan dia di sana. Al- Fatihah.




Saturday, 16-Feb-2008 09:09 Email | Share | | Bookmark
My new house

house before
house after
living room before
View all 30 photos...
We bought this house around Feb 2007. We started living here in May 2007. Major areas are completed renovate on August 2007. My hubby has contributed almost 90% from the total expenses for renovation, furniture etc. You can see the different of the house before and after. I'm fully contributed in the interior design and outside landscape. It's all about referring magazine (anjung seri, laman etc).

Phase of renovation:-
Phase 1 : Painting house with new colour (inside n outside including roof) -start Mac
Phase 2 : Plaster shilling (whole ground floor)
Phase 3 : Extend kitchen area so we have wet and dry kitchen. Installing kitchen cabinet - start May
Phase 4 : Renovate car park roof & floor. Extend dining area
Phase 5 : Build pergola & fish pool - Phase 3-5 ; finish on August
Phase 6 : Landscaping work. Choose the right plant and put at the right place.-start Nov
Phase 7 : Build waqaf and put black and white stone - phase 6-7 ;finish on Dec
Phase 8 : Bathroom renovation & plaster shilling (2nd floor) - start Feb 08 ; finish March 08

It is one of difficult time for us to make a decision coz we are current living @ our apartment for lesser than 3 years. Nevertheless, for the sake of our family we have decided to get the house. Im really enjoying accept a visit from our relatives and friends. This house will help me to comfort my guest etc. Liability has educate us to manage our financial as intelligent as we could. At least money are spent for something that we can see and touch!

Next plan : make over afiah dreaming room & install build in study table and book rack in master bed room (budget RM 7,000).



Friday, 28-Dec-2007 09:52 Email | Share | | Bookmark
abg mie & family

me & my hubby
adik nurul & me
abg mie at putrajaya
View all 9 photos...
Abg mie and family visit us on 23 Dec 2007. They stay at Abg Die's house for one night and Kak Ani's house also for one night. On 25 Dec we have a big family picnic at desa waterpark (my family, abg die, abg mie & kak ani family). After the picnic all of them come to my house.
Abg Mie stay at my house from 25 - 28 Dec 2007. We bring them to Ekea, Putrajaya & having a bowling tournement (sort of la........) at the Mines.

All these a pictures taken during the visit. Thank you for their time and appreciate if they can come again. See you at Peneng............


Sunday, 12-Dec-2004 08:57 Email | Share | | Bookmark
6 months baby

comel nyer
body builder he...
nangis nak mama........
View all 4 photos...
Afiah dilahirkan pada 13 Jun 2004 jam 9.30 pagi..... nak lahirkan dia....... nak kata senang.......tak jugak......rasalah sakit nak bersalin tu....... Digital camera dibeli masa umur dia 6 bulan so gambar below than that adalah dalam simpanan.

Sampai sekarang tak jemu-jemu fikir pasal dia.......even dia dah nak masuk 4 tahun pun.......itulah namanya ANAK kan.......kalau takde dia tak tahulah bertapa boringnya dunia ni..........

Alhamdulillah Allah berikan kesempurnaan pada saya......coz ada suami dan anak yang bijak.......

Tengok ni dia dah datang.........dan puas tgk tv kat bawah..dia tutup tv then cari mama dia kat atas ni......


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net